Posts

JIWA

Jika melihat pantai aku merasakan jiwaku di sana, Setelah dia datang, pantai denganku tidak boleh dipisahkan, Tiap kali sakit itu menimpaku, pantailah ubatnya.  Walau terkadang terasa ia suatu beban , Namun percayalah yang dikatakan beban itu suatu nikmat yang orang lain tidak bisa perolehnya, Ia satu tuah buat diriku, Dia bukannya manusia dan dia bukannya benda, Tapi dia adalah JIWAKU.

PROGRAM JELAJAH ILMU

Image
  Pada 8 Januari 2023, saya menyertai satu program iaitu Program Jelajah Ilmu yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UKM) dan Tarbiah Sentap.                                                  Saya juga berpeluang menjadi sebagai fasilitator dalam program tersebut untuk mengawal pergerakan pelajar ketika aktiviti dijalankan. Pelajar-pelajar di pertubuhan kebajikan yang terlibat dalam aktiviti yang diadakan mempunyai tahap umur yang berbeza antara umur 6 tahun sehingga 17 tahun.  Mereka begitu gembira dengan kehadiran kami ke sana. Ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana dapat bergaul dan berkomunikasi dengan mereka.  

BUNGA ITU MENAWAN

Jumaat lalu, saya pergi ke Pasar Seni, Kuala Lumpur bersama beberapa rakan saya yang lain. Di sana terdapat banyak jenis bunga yang cantik mungkin disebabkan oleh warna-warnanya yang menarik.  Pada asalnya, saya ingin ke sana untuk mencari Ros Biru yang telah lama saya idamkan. Entah mengapa ia menjadi suatu tarikan kepada saya sehingga saya terlalu minat untuk melihat dan menyentuh kelopaknya dengan mata dan tangan saya sendiri. Tetapi, ia tiada di sana dan saya rasa sedikit kecewa. 

2023!!!

Image
Selamat Tahun Baru!!! Semoga kehidupan di tahun 2023 ini dipermudahkan dan menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini. Setiap menjelmanya tahun baru mestilah semua insan mempunyai azam baru bagi memastikan kualiti kehidupan dipertingkatkan berbanding sebelum ini. Azam baru saya adalah untuk menjadi seorang hamba Allah SWT yang lebih taat berbanding sebelumnya dengan mempertingkatkan amalan dalam mencari keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.         Saya juga berharap tahun ini adalah antara tahun yang akan mendatangkan banyak khabar gembira berbanding khabar duka. Aamiin.. 

ANDAI SAJA...

Andai saja keluargaku ada di sisi, mungkin aku tidak sesakit ini. Andai saja aku meletakkan Allah di hati, mungkin aku tidak sehanyut ini.  Andai saja aku tidak mengeluh, pasti aku tidak sesesal ini.  Andai saja aku menerima apa sahaja yang ditentukan oleh Allah kepada aku, pasti aku akan sentiasa bersyukur. Sakit Ya Allah bila mana diri ini merasa kesepian namun lupa untuk mengadu kepadaMu.

BENGKEL PENULISAN GAYA UKM

Image
  Hari ini, 28/11/2022 saya telah menghadiri satu bengkel iaitu Bengkel Penulisan Gaya UKM anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Bengkel ini memberikan ilmu baru kepada pelajar Tahun 1 terutamanya mengenai penulisan gaya UKM yang boleh digunakan untuk membuat tugasan esei dan latihan ilmiah nanti. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis.            Segala ilmu yang dikongsikan semasa bengkel tersebut dilangsungkan juga dapat dijadikan panduan untuk menulis tugasan esei dan latihan ilmiah nanti.       Sesi bergambar peserta Bengkel Penulisan Gaya UKM bersama panel jemputan  

ALAM YANG TENANG

  Pantai mampu membuatku tenang. Bunyi deruan ombak itu menghilangkan pelbagai masalah yang membelenggu diriku. Dua minggu dalam sebulan aku akan mengunjunginya untuk membuang segala tekanan. Jika diberi pilihan antara pantai dengan gunung, aku tetap memilih pantai. Ya, gunung juga mampu melahirkan ketenangan kerana dikelilingi oleh tumbuhan yang menghijau namun, bagiku ketenangan pantai itu lebih indah. Ia seolah-olah membuatku dapat memandang alam yang luas terbentang sambil menikmati tiupan angin.