Posts

Showing posts from November, 2022

SAHABAT

Image
Dia yang ku kira sahabat, Yang sentiasa ada di kala sulit, Yang tidak pernah berubah sikapnya, Yang baik tingkah lakunya, Yang jujur, ikhlasnya dalam persahabatan, Yang sudi menemani, menjaga, menerima, membelaku, Namun.. Rupanya dia bukan begitu.  Ketulusan seorang teman akan terlihat tatkala kita dalam keadaan sulit. Mencari seorang sahabat tidak semudah mencari seorang kawan. Sahabat akan tetap pendiriannya untuk terus bersama kita walau apa jua keadaan sekalipun, namun insan yang bergelar 'kawan' tidak mampu untuk sentiasa berada bersama tatkala berada dalam kesulitan. Itulah yang perlu diingat-ingat sentiasa kerana teman sejati bukan terletak pada manusia tetapi ia terletak kepada Maha Pencipta. Ia juga memberikan pengajaran kepada diriku untuk sentiasa ingat bahawa manusia itu bersifat apabila dia datang maka dia akan pergi.  Tetapi, aku bersyukur ia mengajarku untuk menjadi lebih berdikari dan berani bergerak seorang diri yang selama ini aku menganggap diri ini tidak mam

KEHILANGAN

Image
Aku tahu 'kematian' itu pasti dilalui oleh setiap manusia dan makhluk ciptaan Allah S.W.T. Namun, kadang aku lupa akan itu. Di saat sendirian air mata jatuh membasahi pipi ini kerana terlalu memikirkan bagaimana hidup ini tanpa keluarga di sisi. Bagiku tidak ada yang terlalu penting dalam hidup ini selain 'keluarga'. Meskipun keluargaku tidaklah dari kalangan yang berharta, namun kebahagiaan yang terbina itulah terkadang membuatku lupa akan erti kehilangan.        Benar.. aku tidak mampu untuk merasakan pahitnya kehilangan itu dalam diriku bahkan selalu berdoa kepada Allah untuk sampaikan ajalku terlebih dahulu sebelum ia menyapa keluargaku. Ini kerana aku lebih takutkan kematian ahli keluargaku daripada kematianku sendiri. Ya, aku tahu tidak sepatutnya aku berdoa sebegitu tetapi hanya itu yang mampu aku luahkan kepada Ilahi bahawa jika kehilangan itu terjadi dalam hidupku, sungguh aku tidak mampu laluinya. Amat sakit. Namun Tuhanku lebih mengetahui kemampuan hamba-Nya

PENGALAMAN PERTAMA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Image
Waktu pulang ke kampung adalah waktu yang paling teruja bagi saya. Tahun ini merupakan tahun pertama saya menaiki bas pulang ke kampung seorang diri. Bagi saya ia satu pengalaman baru untuk saya merasai bagaimana situasi untuk ke stesen bas dan mencari nombor bas yang saya akan naiki. Pada mulanya saya agak takut kerana sebelum ini belum pernah merasai bagaimana menaiki bas. Setelah datang ke UKM demi menuntut ilmu, saya sedar ia banyak membuatkan diri saya ini menjadi lebih berdikari dan berani walau dalam keadaan seorang diri. Ia seolah-olah melatih saya untuk terus berani dan mampu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang jauh dari keluarga.  

PROGRAM FEED THE HOMELESS

Image
  Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 29/10/2022, saya dan beberapa orang kawan telah menyertai satu program iaitu 'Program Feed the Homeless'. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu golongan gelandangan di sekitar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.       Ia merupakan pengalaman pertama bagi saya dalam menyertai program yang memberi makanan kepada golongan gelandangan di sana. Ketika program berlangsung, kami dibahagikan kepada beberapa unit yang mempunyai peranan masing-masing sepanjang program tersebut berlangsung. Antara unit yang ada ialah Unit Modul, Unit Media, Unit Pengangkutan, Unit Perhubungan Awam, Unit Makanan dan Unit Kebersihan. Saya diberi tugas dibawah Unit Kebersihan di mana kami ditugaskan untuk mengutip sampah-sampah yang ada di sekitar kami.