PENGALAMAN PERTAMA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN


Waktu pulang ke kampung adalah waktu yang paling teruja bagi saya. Tahun ini merupakan tahun pertama saya menaiki bas pulang ke kampung seorang diri. Bagi saya ia satu pengalaman baru untuk saya merasai bagaimana situasi untuk ke stesen bas dan mencari nombor bas yang saya akan naiki. Pada mulanya saya agak takut kerana sebelum ini belum pernah merasai bagaimana menaiki bas. Setelah datang ke UKM demi menuntut ilmu, saya sedar ia banyak membuatkan diri saya ini menjadi lebih berdikari dan berani walau dalam keadaan seorang diri. Ia seolah-olah melatih saya untuk terus berani dan mampu menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang jauh dari keluarga.  

Comments