PROGRAM FEED THE HOMELESS

 


Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 29/10/2022, saya dan beberapa orang kawan telah menyertai satu program iaitu 'Program Feed the Homeless'. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu golongan gelandangan di sekitar Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. 

     Ia merupakan pengalaman pertama bagi saya dalam menyertai program yang memberi makanan kepada golongan gelandangan di sana. Ketika program berlangsung, kami dibahagikan kepada beberapa unit yang mempunyai peranan masing-masing sepanjang program tersebut berlangsung. Antara unit yang ada ialah Unit Modul, Unit Media, Unit Pengangkutan, Unit Perhubungan Awam, Unit Makanan dan Unit Kebersihan. Saya diberi tugas dibawah Unit Kebersihan di mana kami ditugaskan untuk mengutip sampah-sampah yang ada di sekitar kami. 








Comments