SAHABAT




Dia yang ku kira sahabat,
Yang sentiasa ada di kala sulit,
Yang tidak pernah berubah sikapnya,
Yang baik tingkah lakunya,
Yang jujur, ikhlasnya dalam persahabatan,
Yang sudi menemani, menjaga, menerima, membelaku,
Namun..
Rupanya dia bukan begitu. 


Ketulusan seorang teman akan terlihat tatkala kita dalam keadaan sulit. Mencari seorang sahabat tidak semudah mencari seorang kawan. Sahabat akan tetap pendiriannya untuk terus bersama kita walau apa jua keadaan sekalipun, namun insan yang bergelar 'kawan' tidak mampu untuk sentiasa berada bersama tatkala berada dalam kesulitan. Itulah yang perlu diingat-ingat sentiasa kerana teman sejati bukan terletak pada manusia tetapi ia terletak kepada Maha Pencipta. Ia juga memberikan pengajaran kepada diriku untuk sentiasa ingat bahawa manusia itu bersifat apabila dia datang maka dia akan pergi.  Tetapi, aku bersyukur ia mengajarku untuk menjadi lebih berdikari dan berani bergerak seorang diri yang selama ini aku menganggap diri ini tidak mampu bertindak sebegitu. 

Comments