PROGRAM JELAJAH ILMU

 


Pada 8 Januari 2023, saya menyertai satu program iaitu Program Jelajah Ilmu yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UKM) dan Tarbiah Sentap. 


                                               

Saya juga berpeluang menjadi sebagai fasilitator dalam program tersebut untuk mengawal pergerakan pelajar ketika aktiviti dijalankan. Pelajar-pelajar di pertubuhan kebajikan yang terlibat dalam aktiviti yang diadakan mempunyai tahap umur yang berbeza antara umur 6 tahun sehingga 17 tahun. 


Mereka begitu gembira dengan kehadiran kami ke sana. Ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan kerana dapat bergaul dan berkomunikasi dengan mereka.  


Comments